Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
9th COMMAND AND STAFF COURSE COMMENCES

TANAH JAMBU, Thursday, 10 January 2019 – The 9th series of the Command and Staff Course commenced today with an opening ceremony held at the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The event was officiated by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF.

This year, the course is joined by military officers from Bangladesh, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Philippines, Saudi Arabia, Singapore, Thailand, United States of America, and also South Korea who is participating for the first time. This course is also attended by an officer from the Royal Brunei Police Force (RBPF).

Present at the ceremony were the Services Commanders, Acting Vice-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam (UBD), Directors, Commandants, Defence Advisers/Attachés to Brunei Darussalam, as well as officers and staff of the RBAF Defence Academy.

This year inaugurates Universiti Brunei Darussalam as the main academic provider for the Command and Staff Course replacing New Zealand's Massey University which has worked together with the Staff College, Defence Academy for the last eight years. The 40-week course, delivered in partnership with UBD, aims to broaden officers’ perspectives and professional knowledge using tactical and academic approaches and disciplines to study the contemporary strategic environment and the implications of this environment on their practice as defence and security specialists.

KURSUS MAKTAB TURUS SESI KE-9 BERMULA

TANAH JAMBU, Khamis, 10 Januari 2019 – Kursus Maktab Turus sesi ke sembilan bermula dengan majlis perasmian yang diadakan di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Majlis ini telah dirasmikan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.

Tahun ini, kursus tersebut disertai oleh pegawai-pegawai tentera dari Bangladesh, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Filipina, Arab Saudi, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, dan juga Korea Selatan di mana buat pertama kalinya menghadiri kursus ini.  Kurus ini juga turut dihadiri oleh seorang pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Pengarah-Pengarah, Komandan-Komandan, Penasihat-penasihat/Atase-atase Pertahanan ke Negara Brunei Darussalam, berserta pegawai-pegawai dan anggota-anggota Akademi Pertahanan ABDB.

Bermulanya pada tahun penyampaian silibus akademik oleh Massey University, New Zealand kini diambil alih oleh UBD yang akan berkerjasama dengan Maktab Turus Akademi Pertahanan ABDB dalam mengendalikan kursus ini. Kursus yang dijalankan selama 40 minggu dan disampaikan dengan kerjasama UBD bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional secara taktikal dan akademik bagi mempelajari isu-isu strategik masa kini dan kesannya terhadap mereka yang bertugas di dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Attachments