Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF CONTRIBUTE TO THE HUMANITARIAN FUND FOR SULAWESI DISASTER

BOLKIAH GARRISON, Friday, 4 January 2019 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) once again organised its monthly series of special dawn lectures or “Kuliah Subuh” this morning at the Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison. 

This month’s Kuliah Subuh was delivered by Ustaz Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa, from the Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affairs.

Present at the event were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF, Permanent Secretaries of the Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretaries, senior officers, and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

The event was also attended by special guests from the Ministry of Culture, Youth and Sports headed by Yang Berhormat Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Minister of Culture, Youth and Sports.

The ceremony began with the mass Subuh prayer, followed by the religious talk titled “Al-Qur’an Syafaat Agung Dari Allah” in where the speaker outlines the importance of the Qur'an to always be read and understood.  Because it will be given a syafa'at for the reader.  Following which, the event was made all the more meaningful when the Commander of the Royal Brunei Armed Forces handed over a donation to the Minister of Culture, Youth and Sports for the Humanitarian Fund for Sulawesi Disaster in a presentation ceremony. This donation marks the third time that the Ministry of Defence and RBAF have contributed to the fund, amounting to a total of BND$14,920, where the first donation was held in conjunction with the RBAF Cycling Expedition on 25 November 2018 and the second was during the Seri Dewa Golf Tournament on 2 December 2018.

The event later concluded with the recitation of Surah Al-Kahfi and the Dhuha prayer.




KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SUMBANG TABUNG KEMANUSIAAN BENCANA SULAWESI

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 4 Januari 2019 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan lagi sesi bulanan ceramah kuliah subuh pada pagi ini bertempat di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Bagi bulan Januari, kuliah subuh kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa, dari Pusat Da’wah Islamiyyah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Setiausaha-setiausaha Tetap Pertahanan, Timbalan Setiausaha-setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh tetamu-tetamu khas yang terdiri daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang diketuai oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang fardhu subuh berjemaah, diikuti dengan kuliah subuh dengan ceramah bertajuk “Al-Qur’an Syafaat Agung Dari Allah”, di mana penceramah menggariskan tentang kepentingan al-quran untuk sentiasa dibaca dan difahami.  Kerana ianya akan diberi syafa'at bagi pembacanya. Berikutan itu, majlis itu menjadi lebih bermakna apabila Pemerintah ABDB menyerahkan sumbangan kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi dalam satu majlis penyampaian. 

Penyerahan kutipan tabung adalah kali ketiga Kementerian Pertahanan dan ABDB telah menyumbang kepada tabung berkenaan yang berjumlah BND$14,920, sumbangan pertama telah diadakan bersempena dengan Acara Riadah Ekspedisi Berbasikal ABDB pada 25 November 2018 dan yang kedua adalah semasa Kejohanan Golf Seri Dewa pada 2 Disember 2018.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Surah Al-Kahfi beramai-ramai dan sembahyang sunnat Dhuha.

Attachments