Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MALAYSIAN CHIEF OF DEFENCE FORCE MAKES INTRODUCTORY VISIT TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 4 December 2018 – The Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, today received a courtesy call from the Malaysian Chief of Defence Force, Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin. He is in the country for his introductory visit to Brunei Darussalam from 3 to 5 December 2018.

Upon arrival at the Bolkiah Garrison, the Malaysian Chief of Defence Force was accorded with a Guard of Honour comprising personnel from the Royal Brunei Land Force.

During the call, Yang Berhormat Pehin highlighted the close and long-standing bilateral relationship bolstered through regular exchange of visits, dialogues, meetings, military exercises, courses, defence exhibitions and the various forms of development and interaction programmes. Both defence establishments have cooperated extensively over the decades. The Second Minister of Defence also congratulated Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli on his appointment and expressed hopes to progress both countries’ defence relationship further.

The Malaysian Chief of Defence Force also called on the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Both armed forces interact regularly through various platforms of cooperation, such as high-level visits, bilateral and multilateral exercises, professional exchanges, and training and courses, which have resulted in their close professional relationships and camaraderie.

During his visit, the Malaysian Chief of Defence Force also delivered a lecture session at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies entitled ‘Leadership Leading the Change’. Present at the session were the Commander of the RBAF, Service Commanders, Chief of Staff RBAF, Directors, Commandants, senior officers and officers from the Ministry of Defence and RBAF.

Yang Berbahagia General Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli was appointed as the 20th Malaysian Chief of Defence Force on 20 June 2018. Prior to his appointment, he was the Vice Chancellor of the National Defence University of Malaysia.





PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA MEMBUAT KUNJUNGAN PENGENALAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Selasa, 4 Disember 2018 - Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin. Beliau berada di Negara Brunei Darussalam pada 3 hingga 5 Disember 2018 untuk kunjungan pengenalan beliau ke negara ini.

Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Panglima Angkatan Tentera Malaysia disambut dengan perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei.

Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua menyatakan mengenai hubungan dua hala yang rapat di antara kedua buah negara yang telah diperkuatkan melalui pertukaran lawatan, dialog, mesyuarat, latihan tentera, kursus, pameran-pameran pertahanan dan pelbagai program interaksi dan pembangunan. Kedua-dua institusi pertahanan telah bekerjasama dalam tempoh berdekad lamanya. Menteri Pertahanan Kedua turut memberi ucapan tahniah di atas pelantikan Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli dan berharap hubungan baik di antara kedua negara akan terus dijalinkan.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia juga mengadakan kunjungan muhibah ke Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Kedua-dua angkatan tentera telah mengadakan pelbagai interaksi menerusi kerjasama seperti kunjungan rasmi, eksesais hubungan dua hala dan pelbagai hala, pertukaran profesional, dan latihan serta kursus, yang membantu dalam mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua buah angkatan tentera.

Sementara itu, beliau juga menyampaikan satu sesi kuliah yang bertajuk ‘Leadership Leading the Change’ di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Ketua Staf ABDB, pengarah-pengarah, komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli telah dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke-20 pada 20 Jun 2018. Sebelum ini, beliau merupakan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Attachments