Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM RECEIVES IN AUDIENCE THE UNITED KINGDOM’S FLEET COMMANDER

ISTANA NURUL IMAN, Saturday, 8 September 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam today consented to receive in audience Vice Admiral Ben Key CBE Royal Navy, United Kingdom’s Fleet Commander. 

Accompanying Vice Admiral Ben Key were His Excellency Richard Lindsay, High Commissioner of the United Kingdom to Brunei Darussalam; Colonel Mike Page, Defence Adviser of the United Kingdom to Brunei Darussalam; and Captain Stuart Mitchell, Royal Marines, Naval Assistant to the Fleet Commander.

Also present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, and Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

Vice Admiral Ben Key and his delegation arrived in Brunei Darussalam on 7 September 2018 for the upcoming Exercise Setia Kawan III, a combined Brunei-UK demonstration that will be held on 10 September. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has also consented to witness the demonstration.

The exercise programme will include a visit to HMS ALBION, the same vessel that paid a goodwill visit to Brunei Darussalam in 30 April to 2 May 2018, and a combined amphibious demonstration at the Penanjong Garrison.

Brunei Darussalam and the United Kingdom enjoy a strong and longstanding defence relationship, underpinned by extensive defence and military interactions such as exchange of visits, defence and military meetings, military exercises, trainings, and courses. These interactions have enhanced the interoperability and reinforced the people-to-people ties between the personnel of both the Royal Brunei Armed Forces and the British Armed Forces.



KEBAWAH DYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP PEMERINTAH ARMADA UNITED KINGDOM

ISTANA NURUL IMAN, Sabtu, 8 September 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari ini berkenan menerima majlis menghadap Laksamana Madya Ben Key CBE Tentera Laut Diraja British, Pemerintah Armada United Kingdom.

Menyertai bersama ialah Tuan Yang Terutama Richard Lindsay, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam; Kolonel Mike Page, Penasihat Pertahanan United Kingdom to Brunei Darussalam; dan Kepten Stuart Mitchell, Royal Marines, Pembantu Tentera Laut kepada Pemerintah Armada.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan II, dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). 

Laksamana Madya Ben Key dan delegasi tiba di Negara Brunei Darussalam pada 7 September 2018 bagi Eksesais Setia Kawan III, iaitu satu demonstrasi bersama di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom yang akan diadakan pada 10 September 2018. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan demonstrasi itu. 

Program eksesais tersebut akan termasuk lawatan ke kapal HMS ALBION, yang mana pernah membuat lawatan muhibah ke Negara Brunei Darussalam pada 30 April hingga 2 Mei 2018, dan juga demonstrasi amfibia yang bertempat di Penanjong Garison. 

Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom mempunyai hubungan pertahanan yang sangat baik dan sudah lama terjalin yang mana merangkumi pelbagai interaksi termasuk pertukaran lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais ketenteraan, latihan, dan kursus. Interaksi tersebut telah meningkatkan interoperabiliti dan juga memperkuat hubungan persahabatan kedua-dua angkatan tentera. 


Attachments