Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINDEF HONOURS LONG-SERVICE, RETIRED AND OUTSTANDING PERSONNEL WITH HARI RAYA AIDILFITRI FESTIVITIES

JERUDONG, Wednesday, 11 July 2018 - The Ministry of Defence hosted the Long Service Medal (P.K.L.) award ceremony in conjunction with the 71st birthday celebration of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam for 90 civilian officers and staff of the Ministry of Defence. The ceremony continued with the presentation of certificates of service and souvenirs to 68 retired civilian personnel for 2017. The event also recognised the 4 Ministry of Defence recipients of the Public Service Excellence Award (APCPA) which was held in conjunction with the 24th Public Service Day Celebration for 2017.

The P.K.L. award is presented to civil servants whom have served the Government of His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for at least 20 years with commendable and exemplary conduct, while the Public Service Excellence Award (APCPA) is a tribute and recognition to government officials and staff whom have performed outstandingly well throughout their career.

The award ceremonies concluded in a festive manner with the Ministry of Defence Hari Raya Aidilfitri celebration, which brings together all officers and staff to celebrate the successful completion of the Ramadhan month. This celebration also serves to strengthen and bridge the community bonds of the officers and staff at all levels in the Ministry.

The Guest of Honour at the event was the Minister of Defence II, The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Also present were Defence Executive Members, Special Invitees including the Permanent Secretaries from the Prime Minister’s Office and Ministry of Culture, Youth and Sports, Services Commanders, Commandants, Directors, family members of the award recipients, as well as officers and staff of the Ministry of Defence. These events took place at the Conference Hall, BRIDEX, Jerudong.










KEMENTERIAN PERTAHANAN MERAIKAN PENERIMA PINGAT KERJA LAMA, PESARA DAN PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG ANGGOTA KEMENTERIAN DALAM SUASANA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

JERUDONG, Rabu, 11 Julai 2018 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan majlis penyampaian Pingat Kerja Lama (P.K.L.) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 bagi seramai 90 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan awam, Kementerian Pertahanan. Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan sijil-sijil perkhidmatan dan cenderahati kepada 68 orang pesara-pesara awam yang telah bersara di sepanjang tahun 2017 dan diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan kepada 4 orang penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) dari Kementerian Pertahanan bersempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke-24 pada tahun 2017 yang lalu.

Pingat P.K.L. dianugerahkan kepada penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-sekurangnya 20 tahun dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan cemerlang, manakala Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) pula merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di sepanjang perkhidmatan mereka bersama Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kementerian Pertahanan, yang bertujuan untuk meraikan kejayaan melaksanakan ibadah fardhu puasa dan amalan-amalan di dalamnya di bulan Ramadhan. Sambutan ini juga memberi peluang bagi memperkukuhkan hubungan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan semua pegawai dan kakitangan dalam semua peringkat di Kementerian ini.

Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat, Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Eksekutif Pertahanan, Jemputan-Jemputan Khas termasuk Setiausaha-Setiausaha Tetap dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Komandan-Komandan, Pengarah-Pengarah, ahli keluarga para penerima serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan. Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Persidangan, BRIDEX, Jerudong.

Attachments