Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
'KAMATHALI HABBAH' PROJECT IN CONJUNCTION WITH RBAF'S 57TH ANNIVERSARY

BRUNEI DARUSSALAM, Monday, 11 June 2018 – Nine personnel from the Persatuan Bekas Perajurit received donations from the charity drive collection called Kamathali Habbah Project. This project is part of the community service activities organised in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces' (RBAF) 57th Anniversary. 

The charity drive was held for one month from 4 May 2018 until 5 June 2018, coordinated by respective units within camps as well as the garrisons. At the end of the collection period, the Royal Brunei Navy, as this year's coordinator of the project, consolidated the donations and contributions. The presentation of the donations was conducted in three districts concurrently according to the list of recipients which was shortlisted by Persatuan Bekas Perajurit and the project's committee.

For recipients in the Brunei-Muara District, the donations were presented by Lieutenant Colonel (U) Rahman @ Abdul Rahman bin Hj Duraman, Acting Deputy Commander of RBAirF, also as the Chairman of RBAF's 57th Anniversary Committee. For Tutong District, the donations were presented by Captain Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, RBN, Deputy Commander of RBN. Meanwhile, in Belait District, the donations were presented by Colonel Khairil bin Haji Ismail, Acting Deputy Commander of RBLF.

In the spirit of the holy month of Ramadhan, the charity drive encourages the act of giving to help those in need. As in the previous year, this project continued to garner overwhelming support from the RBAF personnel.   

 

 

PROJEK 'KAMATHALI HABBAH' SEMPENA HUT ABDB KE-57

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, Isnin, 11 Jun 2018 – Seramai 9 orang anggota Persatuan Bekas Perajurit menerima sumbangan daripada hasil projek amal yang dinamakan Projek Kamathali Habbah. Projek ini adalah merupakan sebuah kempen menderma sambil beramal bagi program kemasyarakatan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-57 tahun.

Proses mengumpulkan sumbangan tersebut telah diadakan selama satu bulan bermula dari 4 Mei 2018 hingga 5 Jun 2018, diselaraskan melalui unit-unit yang ada di setiap perkhemahan dan juga garison. Semua sumbangan seterusnya diserahkan ke pusat pengumpulan iaitu di Tentera Laut Diraja Brunei, selaku pengendali projek ini. Pada tahun ini, acara penyampaian sumbangan telah dilaksanakan di tiga daerah mengikut senarai penerima yang telah disenarai-pendek oleh Persatuan Bekas Perajurit dan pihak pengerusi projek.

Bagi penerima di Daerah Brunei-Muara, sumbangan telah disampaikan oleh Leftenan Kolonel (U) Rahman @ Abdul Rahman bin Hj Duraman, Pemangku Timbalan Pemerintah TUDB, yang juga selaku Pengerusi HUT ABDB ke 57. Bagi Daerah Tutong pula, sumbangan disampaikan oleh Kepten Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB. Manakala, di Daerah Belait sumbangan disampaikan oleh Kolonel Khairil bin Haji Ismali, Pemangku Timbalan Pemerintah TDDB.

Dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini, projek amal ini mendorong anggota-anggota ABDB untuk beramal jariah bagi membantu meringankan beban penerima-penerima derma yang memerlukan. Seperti tahun yang lepas, projek ini telah mendapatkan banyak sokongan daripada anggota-anggota ABDB.

Attachments