Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBN PERSONNEL AND FAMILY EMBRACES ISLAM

TUTONG, Sunday, 4 February 2018 – A personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) 50364 Able Rate (AR) Raiezan bin Radimas, RBN and his family members recited their Islamic oath at a family member's residence in Kampong Tasek Merimbun, Tutong, today.

Present at the ceremony as the Guest of Honour was Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF.

Also present were First Admiral Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, RBN Commander, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Member of the Legislative Council, Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Tutong District Officer, and officers from the RBAF and the Islamic Da'wah Centre.

The ceremony began with the recital of verses from Al-Qur'an and the declaration of Syahadah (declaration of faith) from AR Raiezan, RBN and his family members, led by an officer from the Islamic Da'wah Centre.

The Dikir Marhaban as well as the sprinkling of bunga rampai and gifts were presented by the Guest of Honour and invited guests to the new brothers and sisters in Islam.

Able Rate Raiezan bin Radimas, RBN, now known as Mohammad Nur Razin @ Raiezan bin Radimas, is the first RBAF personnel to convert to Islam this year and the 111th since 2006.

 

MAJLIS PENGISLAMAN SEORANG ANGGOTA TLDB BESERTA KELUARGA

TUTONG, Ahad, 4 Februari 2018 – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), 50364 Laskar Muda (LsM) Raiezan bin Radimas, TLDB beserta ahli keluarga beliau telah memeluk agama Islam sebagai agama baru mereka.

Majlis pengislaman tersebut diadakan di rumah kediaman keluarga beliau di Kampong Tasek Merimbun, Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Turut hadir ialah Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah TLDB, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong, dan pegawai-pegawai ABDB dan Pusat Dakwah Islamiyyah.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan lafaz syahadah oleh LsM Raiezan, TLDB beserta ahli keluarga beliau, yang dipimpin oleh pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah.

Majlis diserikan lagi dengan laungan dikir marhaban dan taburan bunga rampai serta penyampaian cenderahati daripada Tetamu Kehormat serta jemputan yang hadir kepada saudara-saudara baru.

Laskar Muda Raiezan bin Radimas, TLDB, sekarang dikenali sebagai Mohammad Nur Razin @ Raiezan bin Radimas, merupakan anggota ABDB yang pertama memeluk Islam pada tahun ini dan yang ke-111 sejak tahun 2006. 

 

Attachments