Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​RBN PERSONNEL CONVERTS TO ISLAM

TUTONG, Friday 29 Disember 2017 – A personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) Able Rate (AB) Armizam bin Yaping, RBN and his brother, Armirol bin Yaping, a personnel from the Fire and Rescue Department, recited their Islamic oath at their parents’ residence in Kampong Bukit Beruang.

Present at the ceremony as the guest of honour was Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

Also present at the ceremony were Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Member of the Legislative Council; First Admiral Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Commander of the RBN; Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Tutong District Officer; officers from the RBAF and the Islamic Da’wah Centre as well as families.

The ceremony began with the recitation of verses from Al-Qur’an and the declaration of Syahadah (declaration of faith) led by an officer from the Islamic and Conversion Guidance Unit, Islamic Da’wah Centre. Highlighting the ceremony was dikir marhaban as well as the sprinkling of bunga rampai and gift presentation to the new converts.

AB Armizam bin Yaping, RBN, now known as Muhammad Armizan bin Abdullah Yaping, is the fifth RBAF personnel to convert to Islam this year.



ANGGOTA TLDB MEMELUK ISLAM

TUTONG, Jumaat 29 Disember 2017 – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laskar Muda (LsM) Armizam bin Yaping, TLDB beserta abang beliau iaitu Armirol bin Yaping, seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, telah memeluk agama Islam.

Majlis pengislaman tersebut diadakan di rumah kediaman ibu bapa mereka di Kampong Bukit Beruang. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Turut hadir pada majlis ini ialah Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Laksamana Pertama Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Pemerintah TLDB; Awang Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong; pegawai-pegawai ABDB dan Pusat Da’wah Islamiah serta keluarga.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan lafaz syahadah, yang dikendalikan oleh pegawai dari Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara Baru, Pusat Da’wah Islamiah. Majlis kemudian diserikan dengan dikir marhaban dan penyampaian cenderamata kepada saudara-saudara baru itu.

LsM Armizam bin Yaping, TLDB, kini dikenali sebagai Muhammad Armizan bin Abdullah Yaping, merupakan anggota ABDB yang kelima memeluk Islam pada tahun ini.

Attachments