Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​BAKTI DONATES TO THE NEEDY

BOLKIAH GARRISON, Friday 29 December 2017 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Wives Welfare Committee (BAKTI) organised a donation handover ceremony for orphans, special needs and underprivileged children from the RBAF schools this morning at the Bolkiah Garrison  Officers’ Mess.

The recipients comprised of 127 from the Pantai Berakas Primary School, Royal Brunei Navy Primary School, Tutong Camp Primary School, Binturan Primary School and one from the Gurkha Reserve Unit. Principals from the respective schools were present to receive the proceeds on the children’s behalf.

Present as the guest of honour was the President of BAKTI, Pg Datin Nuur 'Izzah Nabilah binti Pg Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri. Also present were were heads of BAKTI units, Deputy Heads, BAKTI committee members as well as representatives from the schools.

This welfare activity signifies the compassion and charitable efforts of the RBAF to help and ease the families as part of the preparation of the upcoming school year.



MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN BERKEPERLUAN KHAS

BOLKIAH GARISON, Jumaat 29 Disember 2017 – Badan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Derma kepada pelajar-pelajar yatim, berkeperluan khas dan kurang bernasib baik dari sekolah-sekolah ABDB pada pagi ini di Mes Pegawai.

Penerima-penerima derma terdiri dari 127 anak-anak yatim, kanak-kanak berkeperluan khas dan kanan-kanak kurang bernasib baik di sekolah-sekolah rendah ABDB,  iaitu Sekolah Rendah Pantai Berakas, Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Sekolah Rendah Perkhemahan Tutong, Sekolah Rendah Binturan dan seorang dari Pasukan Simpanan Gurkha. Hadir untuk menerima derma-derma tersebut ialah pengetua sekolah masing-masing.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Di-Pertua BAKTI, Pg Datin Nuur ‘Izzah Nabilah binti Pg Haji Ahmad Mahdi Al- Sufri. Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua-Ketua Unit BAKTI, Timbalan Ketua-Ketua Unit dan ahli jawatankuasa BAKTI.

Aktiviti kebajikan ini menandakan usaha belas kasihan dan amal ABDB untuk membantu dan memudahkan keluarga dalam membuat persediaan bagi musim persekolahan yang akan dating

Attachments