Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
DEPUTY MINISTER OF DEFENCE RECEIVES FAREWELL CALL BY OUTGOING FRENCH AMBASSADOR TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 6 November 2017 – The Deputy Minister of Defence, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit today received a farewell call by Her Excellency Loan Forgeron, outgoing Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the French Republic to Brunei Darussalam.

During the call, the Deputy Minister of Defence highlighted the friendly defence relations between Brunei Darussalam and the French Republic since the establishment of diplomatic relations on 8 May 1984. Both sides have actively interacted through exchange of visits, as well as the bilateral Joint Defence Working Committee meetings.

At the end of the call, the Deputy Minister of Defence hoped that the warm defence relations and cooperation that exist between Brunei Darussalam and France will continue to be further strengthened in the years ahead. The Deputy Minister of Defence also wished Her Excellency all the best and great success in her future undertakings.

Her Excellency presented her Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 13 September 2014.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARI DUTA PERANCIS YANG AKAN MENAMATKAN PERKHIDMATAN

BOLKIAH GARISON, Rabu, 6 November 2017 - Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, hari ini menerima kunjungan perpisahan daripada Puan Yang Terutama Loan Forgeron, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis yang akan menamatkan perkhidmatan di Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan membangkitkan mengenai hubungan dua hala pertahanan yang baik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Perancis sejak penubuhan hubungan dipliomatik pada 8 Mei 1984. Penglibatan aktif kedua-dua pihak ini termasuk dalam pertukaran lawatan dan mesyuarat dua hala Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama.

Di penghujung kunjungan, Timbalan Menteri Pertahanan berharap  hubungan dan kerjasama pertahanan yang mesra antara Negara Brunei Darusalam dan Republik Perancis akan terus dipertingkatkan di masa depan. Timbalan Menteri Pertahanan juga menyampaikan harapan agar Puan Yang Terutama akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya di masa akan datang.

Puan Yang Terutama menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 13 September 2014 lalu.

Attachments