Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBLF SHOOTING TEAM IN SINGAPORE FOR THE 27th ASEAN ARMIES RIFLE MEET

REPUBLIC OF SINGAPORE, Tuesday, 14 November 2017 – Thirty-one Royal Brunei Land Force (RBLF) personnel led by Lieutenant Colonel Aldi bin Haji Hassan, Commanding Officer of First Battalion, are representing the RBLF shooting team in the 27th ASEAN Armies Rifle Meet (27th AARM). The event is hosted by the Singapore Army in the Republic of Singapore from 6 to 22 November 2017.

The opening ceremony of the 27th AARM was held yesterday by the Chief of Staff – General Staff of the Singapore Armed Forces, Brigadier General Siew Kum Wong. Also present at the ceremony was Colonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Deputy Commander of the RBLF.

A total of 550 participants from all ten ASEAN countries will compete in five disciplines - Carbine, Machine Gun, Pistol Ladies, Pistol Men and Rifle. The AARM is an annual shooting competition participated by all ten ASEAN armies – and it also provides the platform for the militaries to interact, and strengthen their camaraderie amongst each other.

In conjunction with the 27th AARM, the ASEAN Chiefs of Army and ASEAN Sergeant Majors Army will also come together on 21 November 2017 for the 18th ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM) and the 7th ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM).






PASUKAN PENEMBAK TDDB DI REPUBLIK SINGAPURA BAGI PERTANDINGAN ASEAN ARMIES RIFLE MEET KALI KE-27

REPUBLIK SINGAPURA, Selasa, 14 November 2017 – Seramai 31 anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pegawai Pemerintah Batalion Pertama, mewakili Pasukan Penembak TDDB dalam pertandingan ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) kali ke-27. Acara dihoskan oleh Tentera Darat Singapura di Republik Singapura pada 6 hingga 22 November 2017.

Pembukaan rasmi AARM ke-27 telah diadakan kelmarin oleh Brigedier Jeneral Siew Kum Wong, Chief of Staff - General Staff of Singapore Armed Forces. Turut hadir ialah Kolonel Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, Timbalan Pemerintah TDDB.

Seramai 550 anggota akan bersaing dalam lima acara iaitu Carbine, Machine Gun, acara Pistol Kumpulan Lelaki, Pistol Kumpulan Wanita, serta Rifle. AARM merupakan pertandingan menembak tahunan tentera darat di kalangan sepuluh negara-negara ASEAN. Ia juga merupakan landasan untuk berinteraksi dan mengukuhkan hubungan persahabatan mereka antara satu sama lain.

Bersempena dengan AARM kali ke-27, Pemerintah-Pemerintah Tentera Darat ASEAN dan Sarjan Mejar Tentera Darat ASEAN akan berkumpul bersama pada 21 November 2017 bagi menghadiri ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM) kali ke-18 dan ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) kali ke-7.

Attachments