Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
23rd CARAT EXERCISE 2017 CONCLUDES

MUARA, Friday, 10 November 2017 – The Royal Brunei Armed Forces and United States Navy concluded five days of bilateral trainings ashore and at sea, with a closing ceremony this morning at the Nakhoda Hall, Training Centre of the Royal Brunei Navy by Captain Matthew J. Jerbi, Deputy Commodore Destroyer Squadron 7.

This year’s exercise featured a wide variety of interactions between the RBAF and the United States Navy, designed to share best practices, strengthen cooperation in addressing shared maritime security concerns and enhance interoperability among participating forces of both countries.

Subject matter expert exchanges were also conducted in port security, diving and salvage, military medicine, law and public affairs. The past five days also included community engagements where professional exchanges, band performances and symposiums were held.

The CARAT exercise is one element of the longstanding Brunei Darussalam - United States defence relationship, which also includes annual ship visits and high-level official meetings.






EKSESAIS CARAT KE-23 2017 BERAKHIR

MUARA, Jumaat 10 November 2017 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan United States Navy telah menamatkan latihan dua hala kawasan persisiran dan di laut selama lima hari, dengan majlis penutupan rasmi pada pagi ini di Dewan Nakhoda, Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) oleh Captain Matthew J. Jerbi, Deputy Commodore Destroyer Squadron 7.

Eksesais CARAT tahun ini menampilkan pelbagai interaksi di antara ABDB dan United States Navy, khususnya untuk berkongsi amalan-amalan terbaik, mengukuhkan kerjasama dalam menangani cabaran-cabaran keselamatan maritim bersama dan bagi meningkatkan interoperability antara angkatan tentera kedua buah negara.

Pertukaran kemahiran juga dijalankan di bidang keselamatan pelabuhan, penyelaman dan penyelamatan, perubatan ketenteraan, perundangan dan hal-ehwal awam. Selama lima hari itu juga termasuk penglibatan masyarakat dimana pertukaran profesional, persembahan pancaragam dan symposium diadakan.

Eksesais CARAT merupakan salah satu elemen hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat yang sudah lama terjalin, termasuk lawatan-lawatan kapal yang diadakan pada setiap tahun dan mesyuarat rasmi peringkat tinggi.

Attachments