Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
DEPUTY MINISTER OF DEFENCE WITNESSES THE LAUNCHING OF THE TRILATERAL AIR PATROL

SUBANG AIR BASE, MALAYSIA, Thursday 12 October 2017 – First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence, today witnessed the launching of the Trilateral Air Patrol between Indonesia, Malaysia and the Philippines (INDOMALPHI) at the Subang Air Base in Malaysia.

The Trilateral Air Patrol is an initiative jointly spearheaded by Malaysia, Philippines and Indonesia. It serves to further enhance the initiative after the maritime component was launched on 19 June 2017. The launching marked the continued efforts by the three countries on enhancing the maritime security in the region particularly in the Sulu-Sulawesi Seas, aimed to tackle maritime security threats.

The ceremony commenced with a speech by the Minister of Defence of Malaysia.

Present were The Honourable Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Defence Minister of Malaysia; His Excellency Ryamizard Ryacudu, Defence Minister of Indonesia; and His Excellency Delfin Negrillo Lorenzana, Secretary of National Defense of the Republic of the Philippines.

Witnessing the event were Dr Mohamad Maliki bin Osman, Senior Minister of State, Ministry of Defence and Ministry of Foreign Affairs, Republic of Singapore as well as the Chiefs of Defence Forces of the INDOMALPHI.

An official dinner was also hosted by the Minister of Defence of Malaysia at the Saujana Hotel in Subang.







TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN SAKSIKAN MAJLIS PERASMIAN TRILATERAL AIR PATROL INDOMALPHI

SUBANG AIR BASE, MALAYSIA, Khamis 12 Oktober 2017 – Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan, pada hari ini telah menyaksikan Majlis Pelancaran Trilateral Air Patrol di antara Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Filipina (INDOMALPHI) bertempat di Subang Air Base, Malaysia.

Trilateral Air Patrol itu merupakan inisiatif usahasama Indonesia, Malaysia dan Republik Filipina. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi inisiatif tersebut setelah komponen maritim dilancarkan pada 19 Jun 2017.

Pelancaran itu menandakan usaha berterusan ketiga-tiga negara tersebut dalam meningkatkan lagi sekuriti maritim khususnya di perairan Sulu-Sulawesi yang antaranya bertujuan untuk menangani ancaman sekuriti maritim.

Majlis tersebut disempurnakan dengan ucapan dari Menteri Pertahanan Malaysia.

Hadir ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia; Tuan Yang Terutama Ryamizard Ryacudu, Menteri Pertahanan Republik Indonesia; dan Tuan Yang Terutama Delfin Negrillo Lorenzana, Setiausaha Pertahanan Kebangsaan Republik Filipina.

Turut hadir bagi menyaksikan acara itu ialah Tuan Yang Terutama Dr Mohamad Maliki bin Osman, Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Republik Singapura serta Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dari INDOMALPHI.

Makan malam rasmi turut dianjurkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia di Saujana Hotel, Subang.

Attachments