Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINDEF AND RBAF PERSONNEL JOIN THE GOLDEN JUBILEE CELEBRATION OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM’S ACCESSION TO THE THRONE

BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 5 October 2017 –The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today joined the whole nation in celebrating the 50th year that His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam ascended the throne.

About 2166 RBAF personnel and 682 Ministry of Defence civilian personnel participated in the various festivities held in conjunction to the Golden Jubilee Celebration.

Today’s events began with His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam inspecting a guard of honour comprising of personnel from the Royal Brunei Armed Forces and the Royal Brunei Police Force, before they performed a 21-gun salute. A Royal Audience Ceremony was then held, where members of the Royal Family, and several hundreds of diplomats and government officers, including the Ministry of Defence and the RBAF sat in attendance.

The festivities reached a climax when His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, along with members of the Royal Family sat in a Royal Chariot for the Royal Procession around Bandar Seri Begawan.

The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces have thrived and grown remarkably under His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s visionary and wise leadership.


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Oktober 2017 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada hari ini menyertai seluruh rakyat negara dalam meraikan tahun ke-50 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta.

Kira-kira 2166 anggota ABDB dan 682 kakitangan awam Kementerian Pertahanan turut mengambil bahagian dalam beberapa acara-acara Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Acara-acara hari ini bermula dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota ABDB dan Pasukan Polis Diraja Brunei, sebelum diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das. Majlis Istiadat Mengadap seterusnya telah diadakan, di mana ahli-ahli Kerabat Diraja, serta beratus-ratus pegawai diplomat dan pegawai-pegawai kerajaan, termasuk Kementerian Pertahanan dan ABDB turut hadir.

Perayaan tersebut diserikan dengan acara kemuncak pada hari ini apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, bersama-sama dengan ahli-ahli Kerabat Diraja menaiki Usungan Diraja semasa Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan.

Kementerian Pertahanan dan ABDB telah berkembang pesat di bawah kepimpinan dan kewibawaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Attachments