Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
COMMANDER OF THE ROYAL BRUNEI LAND FORCE ATTENDS THE 10TH PACIFIC ARMIES CHIEFS CONFERENCE

SEOUL, REPUBLIC OF KOREA, Monday, 18 September 2017 – Brigadier General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the Commander of the Royal Brunei Land Force participated in the 10th Pacific Armies Chief Conference (PACC-X) in Seoul, Republic of Korea to discuss security cooperation in the Indo-Asia-Pacific region.

Thirty-two (32) Armies Chiefs and their representatives from the Indo-Asia-Pacific region attended the PACC-X that was co-hosted by the Republic of Korea Army and the United States Army Pacific at the Grand Hyatt Seoul Hotel from 18 to 22 September 2017.

The theme of the PACC this year is “Unity of Effort: Building Civil Military Partnerships in Land Forces Response to Non-Traditional Security Threats”. This biennial conference provides a platform for participating armies to share knowledge while enhancing relationships amongst one another.

While at the conference, all Army Chiefs and their representatives had the opportunity to meet with His Excellency Lee Nak Yeon, Prime Minister of the Republic of Korea. The Commander of the Royal Brunei Land Force also conducted separate bilateral meetings at the sidelines of the Conference with the Heads of Delegation from Australia, Singapore, and United States of America. The bilateral meetings provided the opportunity to discuss the current state of bilateral cooperation between Brunei Darussalam and the countries, including future initiatives to strengthen the professional relations and friendships with the countries’ Armies.



PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HADIRI PACIFIC ARMIES CHIEFS CONFERENCE KE-10 (PACC-X)

SEOUL, REPUBLIK KOREA, Isnin 18 September 2017 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri Pacific Armies Chiefs Conference (PACC-X) ke-10 di Seoul, Republik Korea untuk membincangkan kerjasama keselamatan di rantau Indo-Asia-Pasifik.

Tiga puluh dua (32) Ketua Tentera Darat dan wakil-wakil dari rantau Indo-Asia-Pasifik menghadiri Persidangan PACC ke-10 yang dianjurkan oleh Republic of Korea Army dan United States Army Pacific di Grand Hyatt Seoul Hotel dari 18 hingga 22 September 2017.

Tema Persidangan PACC tahun ini adalah “Unity of Effort: Building Civil Military Partnerships in Land Forces Response to Non-Traditional Security Threats”. Persidangan dwitahunan ini adalah platform bagi tentera darat yang mengambil bahagian untuk berkongsi pengetahuan sambil meningkatkan hubungan antara satu sama lain.  

Semasa di persidangan tersebut, semua Ketua Tentera Darat dan wakil-wakil PACC berkesempatan untuk bertemu dengan Tuan Yang Terutama Lee Nak Yeon, Perdana Menteri Republik Korea. Pemerintah TDDB juga berkesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan ketua delegasi Australia, Amerika Syarikat dan Singapura. Mesyuarat tersebut membincangkan hubungan dua hala yang erat antara Negara Brunei Darussalam dan negara masing-masing, serta inisiatif masa depan untuk memperkuatkan hubungan profesional dan jalinan persahabatan peribadi di kalangan Tentera Darat secara umum.

Attachments