Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
ROYAL BRUNEI AIR FORCE COMMANDER ATTENDS PACIFIC AIR CHIEFS SYMPOSIUM 2017

JOINT BASE PEARL HARBOR - HICKAM, HAWAII, Wednesday, 27 September 2017 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, the Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) attended the Pacific Air Chiefs Symposium (PACS) 2017 which was held at Pacific Air Forces Headquarters, Joint Base Pearl Harbor – Hickam, Hawaii.

Eighteen Air Chiefs and Vice Air Chiefs from the Indo-Asia-Pacific region attended the Symposium, which was hosted by the United States Pacific Air Forces (PACAF) from 26 to 27 September 2017.

The theme for this year’s PACS is “Challenges to Regional Security: Promoting Combined Operations in the Indo-Asia-Pacific”. The symposium consisted of key note presentations and panel discussions delivered by the Air Chiefs and invited guest speakers with topics ranging from challenges to regional security to multilateral humanitarian and disaster relief operations. The Commander of the RBAirF was invited as a panel member to discuss the "Use of Air Power in Countering Violent Extremist Organisations”.

The symposium is aimed at encouraging open exchanges and promoting mutual understanding on security challenges among the Air Chiefs. At the same time, the symposium also helps further strengthen the RBAirF’s professional relations and friendship with other countries’ Air Forces in the Indo-Asia-Pacific region in general.




PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI HADIRI PACIFIC AIR CHIEFS SYMPOSIUM 2017

JOINT BASE PEARL HARBOR – HICKAM, HAWAII, Rabu, 27 September 2017 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menghadiri Pacific Air Chiefs Symposium (PACS) 2017 yang diadakan di Pacific Air Forces Headquarters, Joint Base Pearl Harbor – Hickam, Hawaii.

Seramai lapan belas Pemerintah Tentera Udara dan Timbalan Pemerintah Tentera Udara dari rantau Indo-Asia-Pasifik menghadiri Symposium yang dianjurkan oleh Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat dari 26 hingga 27 September 2017.

Tema PACS tahun ini adalah “Challenges to Regional Security: Promoting Combined Operations in the Indo-Asia-Pacific”. Simposium ini terdiri daripada penyampaian kertas kerja dan perbincangan panel oleh Pemerintah-Pemerintah Tentera Udara sahabat serta penceramah di mana beberapa tajuk telah dibentangkan, termasuk cabaran kepada keselamatan serantau serta operasi pelbagai hala kemanusiaan dan bantuan bencana. Sehubungan dengan itu, Pemerintah TUDB telah dijemput sebagai ahli panel untuk membincangkan panel yang bertajuk “Use of Air Power in Countering Violent Extremist Organizations”.

Simposium ini bertujuan menggalakkan pertukaran terbuka dan memupuk persefahaman bersama mengenai cabaran keselamatan di kalangan Pemerintah Tentera Udara. Di samping itu, PACS 2017 juga membantu dalam memperkuatkan lagi hubungan profesional dan jalinan persahabatan di kalangan Angkatan Tentera Udara di rantau Indo-Asia-Pasifik secara umum.

Attachments