Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
DEPUTY MINISTER OF DEFENCE RECEIVES AN INTRODUCTORY CALL FROM THE BRITISH HIGH COMMISSIONER TO BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 27 September 2017 – First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence today received His Excellency Richard Stephen Lindsay, the British High Commissioner to Brunei Darussalam.

During the call, the Deputy Minister congratulated His Excellency on his new appointment as the High Commissioner. Both sides looked forward to working together to maintain strong and longstanding relations between Brunei Darussalam and United Kingdom, particularly in defence.

This relationship encompasses a wide range of interactions made possible by the Exchange of Notes and Memorandum of Understanding agreements including the exchange of visits, military exercises, trainings, courses and meetings such as the Joint Defence Commission (JDC).

The newly-appointed British High Commissioner presented his Letter of Credence to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 10 August 2017. His Excellency previously served as the Head of Security Policy Department at the Foreign and Commonwealth Office.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI PESURUHJAYA TINGGI UNITED KINGDOM KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 27 September 2017 – Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan pada hari ini menerima Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan menyampaikan ucapan tahniah di atas perlantikan Tuan Yang Terutama sebagai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam yang baru. Kedua-dua belah pihak berharap untuk meneruskan lagi hubungan yang sangat baik dan sudah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom terutamanya di bidang pertahanan.

Hubungan ini merangkumi pelbagai interaksi yang diperbolehkan melalui perjanjian-perjanjian Pertukaran Nota dan Memorandum Persefahaman seperti pertukaran lawatan, latihan-latihan tentera, kursus-kursus dan mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Bersama Suruhanjaya Pertahanan (JDC).

Tuan Yang Terutama menyembahkan surat watikah perlantikan beliau kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Ogos 2017. Beliau sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Dasar Keselamatan di Pejabat Luar Negara dan Komanwel.

Attachments