Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
ROYAL BRUNEI AIR FORCE COMMANDER MAKES INTRODUCTORY VISIT TO MALAYSIA

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Thursday, 10 August 2017 - Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah made a three-day introductory visit to Malaysia from 9 to 11 August 2017.

As part of his visit, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar made courtesy calls to Dato Paduka Seri General Tan Sri Raja Mohd Affandi bin Raja Mohd Noor, Chief of Defence Forces of Malaysia and General Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, the Chief of Royal Malaysian Air Force (RMAF) at the Ministry of Defence, Kuala Lumpur.

During the visit, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar also had the opportunity to visit No.22 Squadron, Subang Air Base where RBAirF Commander received a briefing on RMAF Pilot Training and Concept by the Commander of No.22 Squadron.

The introductory visit by RBAirF Commander underscores the continuous commitment to strengthen the longstanding relationship and cooperation between the Royal Brunei Air Force and Royal Malaysian Air Force.


KUNJUNGAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE MALAYSIA

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Khamis, 10 Ogos 2017 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah membuat kunjungan pengenalan ke Malaysia selama tiga hari bermula pada 9 hingga 11 Ogos 2017.

Di antara program yang telahpun disediakan, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar telah membuat Kunjungan Hormat kepada Dato Paduka Seri Jeneral Tan Sri Raja Mohd Affandi bin Raja Mohd Noor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Jeneral Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia bertempat di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar juga berpeluang untuk membuat kunjungan ke No.22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang. Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TUDB diberikan penerangan dan juga taklimat mengenai Konsep Latihan Juruterbang TUDM daripada Pemerintah No.22 Skuadron.

Lawatan pengenalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menandakan komitmen dalam memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara Tentera Udara Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Attachments