Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
ROYAL BRUNEI AIR FORCE COMMANDER MAKES INTRODUCTORY VISIT TO INDONESIA

JAKARTA, INDONESIA, Monday, 7 August 2017 - Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah made an introductory visit to the Republic of Indonesia from 6 to 9 August 2017. The visit aims to further strengthen the bilateral relationship and defence cooperation between Brunei Darussalam and Republic of Indonesia.

During the visit, Commander RBAirF was awarded with the Honorary Pilot Wings, presented by Air Chief Marshal Hadi Tjahjanto S.I.P, the Chief of Staff of the Indonesian Air Force. The Honorary Pilot Wings was awarded to the RBAirF Commander in recognition of his role in enhancing the already strong and longstanding defence relationship between the two forces.

As part of his programme, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar also had the opportunity to inspect the Guard of Honour and made a courtesy call to the Commander of Indonesian National Armed Forces, General Gatot Nurmantyo at the Indonesian National Armed Forces Headquarters.

The Royal Brunei Air Force and the Indonesian Air Force interact regularly in a range of activities, including exchanges of visits, courses and trainings, which have enhanced the professionalism and warm ties between the two forces.



KUNJUNGAN PENGENALAN PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE REPUBLIK INDONESIA

JAKARTA, INDONESIA, Isnin 7 Ogos 2017 – Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah telah membuat kunjungan pengenalan ke Republik Indonesia pada 6 hingga 9 Ogos 2017. Kunjungan tersebut berhasrat untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama pertahanan di antara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia.

Semasa di Republik Indonesia, Pemerintah TUDB telah dianugerahkan dengan Lencana Juruterbang Kehormat yang disampaikan oleh Marsekal TNI Hadi Tjahjanto S.I.P., Kepala Staf Udara, Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU). Penyampaian Lencana Juruterbang Kehormat tersebut adalah sebagai pengiktirafan peranan Pemerintah TUDB dalam meningkatkan hubungan persahabatan di antara TUDB bersama TNI-AU.

Sebahagian daripada program lawatan, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar telah menerima dan memeriksa Kawalan Kehormatan serta mengadakan Kunjungan Hormat kepada Panglima Tentara Nasional Indonesia, Jeneral Gatot Nurmantyo di Markas Tentara Nasional Indonesia.

TUDB dan TNI-AU berinteraksi secara berkala dalam pelbagai aktiviti termasuk pertukaran lawatan, kursus dan latihan, yang telah meningkatkan tahap profesionalisme dan hubungan erat antara kedua-dua tentera udara.

Attachments