Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINDEF & RBAF HAJJ PILGRIMS BLESSED AT JIWA MURNI CEREMONY

BERAKAS GARRISON, Friday 4 August 2017 - A thanksgiving “Jiwa Murni” ceremony for intending Hajj pilgrims from the Ministry of Defence (MINDEF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was held this morning at the Dewan Pahlawan in Berakas Garrison.

Present as the Guest of Honour was the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Also in attendance were the Commander of the RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; the Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN; Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, Commandants, Civilian and Military Directors, Senior Officers, Officers of the Ministry of Defence and RBAF.

A total of 106 pilgrims including family members will embark on the Hajj journey, 12 of whom are MINDEF civilians, 7 former civilian staffs, 27 RBAF personnel and 13 RBAF retirees. The pilgrims also include the Deputy Minister of Defence and his spouse, as well as the Deputy Permanent Secretary (Finance & Administration) Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani and her spouse.

The ceremony began with the recitation of surah Al-Fatihah led by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Head of RBAF Religious Department followed by the recital of verses from the Al-Quran Surah Al-Hajj verse 26 to 31 led by Ustaz Haji Rosli bin Haji Batang, Assistant Religious Officer, RBAF Religious Department.

The event was highlighted with a religious talk entitled “To Gain A Mabrur Hajj” delivered by Ustaz Ruslan bin Haji Sulaiman, Senior Religious Officer, RBAF Religious Department and then a speech by the Chairman, Major Muhd Suradzin bin Haji Muhd Yusof.

In closing, the Guest of Honour, Deputy Minister of Defence and wife, Datin Sakdiah binti Haji Mohd Noor presented donations and gifts consisting medical supplies to the pilgrims and the ‘Doa Selamat’ was later read by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Head of RBAF Religious Department.






DOA SELAMAT BAGI BAKAL-BAKAL HAJI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB

BERAKAS GARISON, Jumaat 4 Ogos 2017 – Majlis Doa Kesyukuran Jiwa Murni bagi bakal-bakal jemaah Haji Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diadakan pagi ini di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abd Aziz bin Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan.

Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB; Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera; Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap; Pengarah-Pengarah Awam dan Tentera; Komandan-Komandan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Seramai 106 bakal-bakal haji termasuk ahli keluarga akan menunaikan fardhu Haji, di mana 12 daripadanya adalah kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan 7 orang warga awam yang sudah bersara, 27 orang anggota ABDB dan 13 orang anggota ABDB yang bersara. Di antara bakal Haji ini ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abd Aziz bin Tamit bersama isteri dan Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani dan suami.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Ketua Jabatan Agama ABDB dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Surah Al-Haj ayat 26 hingga 31 oleh Ustaz Haji Rosli bin Haji Batang, Penolong Pegawai Ugama, Jabatan Agama ABDB.

Majlis ini juga diserikan dengan penyampaian takzirah Ibadah Haji bertajuk “Meraih Haji Yang Mabrur” yang disampaikan oleh Ustaz Ruslan bin Haji Sulaiman, Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Ugama ABDB dan seterusnya ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis Mejar Muhd Suradzin bin Haji Muhd Yusof.

Di akhir majlis, Tetamu Kehormat Timbalan Menteri Pertahanan dan isteri, Datin Sakdiah binti Haji Mohd Noor juga telah berkesudian menyampaikan sumbangan derma dan cenderakasih berupa pakej ubat-ubatan kepada bakal-bakal haji dan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Ketua Jabatan Agama ABDB.

Attachments