Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONFERRED STATE DECORATIONS

ISTANA NURUL IMAN, Saturday 15 July 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to confer state decorations to 35 recipients during an Investiture Ceremony held in conjunction with His Majesty’s 71st birthday celebration.

Among the recipients of the state decorations was General Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, the Chief of Defence Forces of Malaysia, who was conferred The Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang, (D.P.K.T) First Class, which carries the title Dato Paduka Seri.

Meanwhile Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of Defence, was among those conferred The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei Second Class, (D.P.M.B) that carries the title Dato Paduka.

Other state decorations recipients include those who received The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei, First Class, (S.P.M.)B that carries the title Dato Seri Paduka; The Most Eminet Order of Islam Brunei Second Class, (D.S.S.U.B) that carries the title Dato Seri Setia; The Most Honourable Order Of Seri Paduka Mahkota Brunei Second Class, (D.P.M.B) that carries the title Dato Paduka; conferred The Most Eminent Order Of Islam Brunei Third Class, (S.S.U.B); and The Most Blessed Order Of Setia Negara Brunei Third Class, (S.N.B.)

The Investiture Ceremony took place at the Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman.



KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENGURNIAKAN BINTANG-BINTANG KEBESARAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

ISTANA NURUL IMAN, Sabtu 15 Julai 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi tadi telah berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 35 orang penerima bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 71 tahun.

Antara para penerima ialah Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, yang dikurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri.

Sementara itu, Kepten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, telah dikurniakan dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran Dato Paduka.

Para penerima pengurniaan ialah Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia  Darjah Pertama (S.P.M.B) yang membawa gelaran Dato Seri Paduka; penerima Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua (D.S.S.U.B.) yang membawa gelaran Dato Seri Setia; penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran Dato Paduka; penerima Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B.); dan penerima Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.).

Istiadat pengurniaan telah berlangsung Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Attachments