Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
GRAND PARADE FOR HIS MAJESTY'S 71st BIRTHDAY CELEBRATIONS

BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday 15 July 2017 – The 71st birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam began with the Grand Parade at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in the heart of the capital today.

Hundreds of students from across the district were seen lined up as they waved the mini national flags to welcome His Majesty and other members of the Royal Family in a great display of patriotism and love for the Monarch.

Upon arrival, His Majesty was received with the Royal Salute followed by the National Anthem orchestrated by the bands of the RBAF and Royal Brunei Police Force (RBPF) and the 21 gun salute.

His Majesty was accompanied by His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and General of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah; His Royal Highness Prince Haji Sufri Bolkiah and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah.

His Majesty then consented to inspect the Royal Guard of Honour that was mounted by personnel of the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force (RBAirF), RBPF and members of uniformed government departments and associations.

The Grand Parade showcased slow and quick march past drills that was commanded by the Parade Commander, Lieutenant Colonel Aldi bin Haji Hassan. This year, two female contingents also participated in the Grand Parade march.

The Parade concluded with three cheers of 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' by the parade participants, followed with a fly-past by a fleet of RBAirF aircraft.







ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE 71 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 15 Julai 2017 – Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 71 tahun bermula dengan Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara pagi ini.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain dialu-alukan dengan kibaran Bendera Negara Brunei Darussalam oleh beratus-ratus penuntut dari seluruh daerah yang berbaris di sepanjang jalan dalam paparan patriotisme dan kasih sayang kepada Raja.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima tabik hormat diraja diiringi dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' oleh gabungan Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.

Berangkat sama ke istiadat itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Baginda kemudian berkenan berangkat memeriksa perbarisan terdiri daripada 1138 anggota dari pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), PDB, jabatan-jabatan kerajaan dan persatuan-persatuan beruniform.

Istiadat Barisan Kehormatan mempamerkan perarakan perlahan dan pantas di bawah pimpinan Pemerintah Perbarisan, Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan. Tahun ini, dua kontinjen wanita juga menyertai perarakan Barisan Kehormatan.

Istiadat Barisan Kehormatan diakhiri dengan laungan tiga kali 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian serta disusuli dengan terbang lalu pesawat-pesawat TUDB.

Attachments