Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​THANKSGIVING CEREMONY TO COMMEMORATE THE 71st BIRTHDAY OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARRISON, Friday 14 July 2017 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held the Thanksgiving Ceremony in all suraus of the RBAF camps in conjunction with the 71st Birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

The Guest of Honour at the Thanksgiving Ceremony held at Surau Ad-Difa 'Bolkiah Garrison was the Chief of Staff of the RBAF, Colonel Haji Abdul Hadi bin Haji Saim. Also present were senior officers, officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF.

The ceremony began with the recitation of the Holy Quran by Lans Coperal Pg Mohd Habihazwan bin Pg Salleh from RBAF Religious Department. The ceremony continued with the mass Maghrib prayer, recitation of Surah Yaasin as well as tahlil and special prayer led by Imam Shuib bin Abdullah, Imam of Surau Ad-Difa, Bolkiah Garrison. The ceremony concluded with a mass Isya’ prayer.

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 71 TAHUN


BOLKIAH GARISON, Jumaat 14 Julai 2017 - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di kesemua surau perkhemahan-perkhemahan ABDB, bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-71 tahun.

Tetamu kehormat bagi Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison ialah Ketua Staff ABDB, Kolonel Haji Abdul Hadi bin Haji Saim. Turut hadir ialah pegawai–pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh LKpl Pg Mohd Habihazwan bin Pg Salleh dari Jabatan Agama ABDB. Majlis diteruskan lagi dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yaasin serta tahlil dan doa khusus yang diketuai oleh Imam Shuib bin Abdullah, Imam Surau Ad-Difa, Bolkiah Garison. Majlis diakhiri dengan Solat Fardhu Isya’ berjemaah.

Attachments