Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTRY OF DEFENCE CELEBRATES RAYA IN ‘SUASANA KAMPONG’ THEME

BOLKIAH GARRISON, Friday 07 July 2017 - The Ministry of Defence celebrated its annual Hari Raya Aidilfitri gathering, which was jointly organised by Directorate of Personnel and Directorate of Finance and Acquisition, this afternoon at the Bolkiah Garrison Gymnasium.

Present as the Guest of Honour was the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit,

Also present were the Commander of Royal Brunei Armed Forces, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; Permanent Secretary of Defence, Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN; Joint Force Commander of the Royal Brunei Armed Forces; Deputy Permanent Secretaries; Civilian and Military Directors; Senior Officers, Officers and personnel of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces.

The event aims to strengthen ties and foster good relationships among all the officers and personnel within the Ministry. The theme this year was ‘Suasana Kampong’ which promotes Bruneian values of togetherness and mutual respect. The highlight of the event was a video presentation that encompasses Hari Raya Greetings from the Directorates and Units in the Ministry.



KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYAMBUT HARI RAYA BERTEMAKAN SUASANA KAMPONG

BOLKIAH GARISON, Jumaat 7 Julai 2017- Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri yang dikendalikan bersama oleh Jabatanarah Keanggotaan dan Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, pada petang ini bertempat di Dewan Gerak Badan Bolkiah Garison,

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (Be) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kepten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB; Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap; Pengarah-Pengarah Awam dan Tentera; Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan semua pegawai dan kakitangan dalam Kementerian ini. Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘Suasana Kampong’ yang menjurus kepada nilai-nilai ke Bruneian iaitu bersatu-padu dan hormat-menghormati. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan video ucapan hari raya aidilfitri daripada Jabatanarah-Jabatanarah dan Unit-Unit di bawah Kementerian Pertahanan.

Attachments