Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
CHARITY EVENT IN CONJUNCTION WITH HARI RAYA AIDILFITRI

ROYAL BRUNEI AIR FORCE, Friday 7 July 2017 – In the spirit of giving, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) participates in an annual charity event where donations are presented to the children with special needs of RBAF personnel. This year, the event was held at the Dewan Punai, Royal Brunei Air Force Base in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri celebration.  

The charitable contributions which include monetary donations, gifts, and school stationeries were donated by the RBAF Welfare Fund, the RBAF Wives Welfare Committee (BAKTI), and individual RBAF personnel. These were presented by the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah and Pengiran Datin Nuur’Izzah Nabilah binti Pengiran Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri.

Also present at the ceremony were the Services Commanders, Deputy Services Commanders, Military Directors, Acting Deputy Commandant of Training Institute of RBAF, Commandant of Defence Academy, senior officers and personnel of RBAF as well as the parents, guardians and relatives of the special needs children.

This annual event is one of the community service activities that the RBAF organises. It recognises the support it receives from the RBAF community and at the same time, nurtures a culture of giving and generosity amongst the organisation.




MAJLIS BERSAMA ANAK-ANAK ISTIMEWA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

PANGKALAN TENTERA UDARA, Jumaat 7 Julai 2017 – Berpaksikan keprihatinan dan bantu-membantu, Angkatan Bersenjata DIraja Brunei (ABDB) setiap tahun terlibat dalam Majlis Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak istimewa anggota ABDB. Pada tahun ini, acara ini diadakan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan amal yang berbentuk kewangan, hadiah-hadiah dan alat-alat perkakas sekolah telah disampaikan dari tabung kebajikan ABDB, ahli-ahli badan kebajikan isteri-isteri anggota ABDB (BAKTI) dan warga-warga ABDB. Sumbangan-sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat majlis iaitu Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Pengiran Datin Nuur’Izzah Nabilah binti Pengiran Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah Tentera, Pemangku Timbalan Komandan Institut Latihan ABDB, Komandan Akademi Pertahanan, pegawai-pegawai kanan dan anggota ABDB serta para ibubapa dan penjaga anak-anak istimewa.

Acara tahunan ini adalah salah satu aktiviti khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh ABDB. Ia menghargai sokongan yang diterima dari warga ABDB dan pada masa yang sama menanai budaya bersedekah dan tolong menolong dikalangan organisasi.

Attachments