Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
​MINISTRY OF DEFENCE PRESENT DONATIONS TO 58 ORPHANS

BOLKIAH GARRISON, Friday 16 June 2017 - The Ministry of Defence today presented donations to 58 orphans in a ceremony held at the Ad-Difa’ Surau, Ministry of Defence.

In spirit of the month of Ramadhan, the annual event was held to honour the contributions of the dearly departed officers and staff of the Ministry of Defence. It is hoped that the donations will supplement their children’s needs for the upcoming Hari Raya festivities.

Presenting the donations was the Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN.

Also present were the Deputy Permanent Secretary (Technology and Development), Captain (Retired) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Deputy Permanent Secretary (Finance and Administration), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani, Directors, Senior Officers, Officers and staff of the Ministry of Defence as well as family members of the orphans.



KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGHULURKAN DERMA
KEPADA ANAK-ANAK YATIM

BOLKIAH GARISON, Jumaat 16 Jun 2017 – Kementerian Pertahanan pada hari ini telah menghulurkan derma kepada 58 anak-anak yatim di majlis yang diadakan di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, acara tahunan tersebut diadakan bagi memperingati jasa-jasa pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan yang sudah kembali ke Rahmatullah. Dengan ini derma, diharap ia akan membantu persediaan anak-anak yatim mereka itu untuk sambutan Hari Raya yang akan datang.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan untuk menyampaikan derma itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kepten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan), Kepten (B) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pentadbiran), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan di Kementerian Pertahanan serta keluarga anak-anak yatim.

Attachments