Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
JOINT FORCE HEADQUARTERS ORGANISED STUDY DAY

TANAH JAMBU, Thursday 15 June 2017 – The Royal Brunei Armed Forces Study Day was conducted today at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Defence Academy.

For this particular session, the Joint Force Headquarters presented on the topic: Improving RBAF Joint Operational Capability – The Role and Contribution of the Joint Doctrine and Warfare Centre (JDWC). The session covered on the role of the JDWC, its future plans and discussed on how the JDWC can support the development of the Joint Operational Capability.

Present as the guest of honour was First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence.

Also present were Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of RBAF, Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Commandants, Senior Officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

Touching upon the topic of discussion, the Deputy Minister of Defence emphasised the importance of understanding the Joint Doctrine as an essential part of professional development across all levels of the RBAF.  He also reminded that the RBAF must also look towards aspects that go beyond the RBAF internally and develop its capability in Joint Interagency and multi-national cooperation, taking into account the need for a smarter approach in managing as well as optimising resources in an age of austerity measures.

The Study Day also saw the presentation of prizes to the winners of the Essay Writing Competition for RBAF Officers and Ministry of Defence Civilian Officers for the year 2016/2017. In first place went to Captain Dr Mohammad Hamiz bin Haji Jamil followed by Captain Siti Husnulkatimah binti Haji Md Yassin in second place and Lieutenant Dayangku Nurhayatul Filzah binti Pengiran Damit in third.

The study day is a regular event within the Ministry of Defence/RBAF calendar designed as a platform to promote stimulating discussions and to enhance the knowledge of the officers of the Ministry of Defence and RBAF on current issues.







MARKAS ANGKATAN BERSAMA ANJURKAN HARI PENGAJIAN

TANAH JAMBU, Khamis 15 Jun 2017 – Hari Pengajian Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada hari ini telah diadakan di Akademi Pertahanan ABDB.

Bagi sesi tersebut, Markas Angkatan Bersama membawa tajuk mereka iaitu ‘Improving RBAF Joint Operational Capability – The Role and Contribution of the Joint Doctrine and Warfare Centre (JDWC)’. Sesi tersebut merangkumi peranan JDWC, pelan-pelan di masa depan and membincangkan bagaimana JDWC itu boleh menyumbang kepada perkembangan Keupayaan Operasi Bersama.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Laksamana Pertama (Bersara) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan.

Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB, Kepten (Bersara) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Tentera, TImbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan ABDB, Pegawai-Pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Menyentuh topik perbincangan, Timbalan Menteri Pertahanan menekankan kepentingan memahami JDWC sebagai satu bahagian penting dalam pembangunan profesional di semua peringkat ABDB. Beliau juga mengingatkan bahawa ABDB juga perlu melihat ke arah aspek yang jauh melimpasi  ABDB secara dalaman dan membangunkan keupayaan dalam usahasama antara agensi dan kerjasama pelbagai negara, dengan mengambil kira keperluan pendekatan yang lebih bijak dalam menguruskan serta mengoptimumkan sumber-sumber dalam waktu langkah-langkah penjimatan.

Hari Pengajian itu juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Menulis Esei bagi Pegawai-Pegawai ABDB dan Pegawai Awam Kementerian Pertahanan bagi Tahun 2016/2017. Tempat pertama dimenangi oleh Kapten Dr Mohammad Hamiz bin Haji Jamil diikuti oleh Kapten Siti Husnulkatimah binti Haji Md Yassin di tempat kedua dan Leftenan Dayangku Nurhayatul Filzah binti Pengiran Damit di tempat ketiga.

Hari Pengajian tersebut bertujuan untuk menjadi platform bagi mengalakkan perbincangan yang bermanfaat dan pada masa yang sama meningkatkan ilmu pengetahuan pegawai-pegawai di Kementerian Pertahanan dan ABDB dengan isu-isu semasa.


Attachments