Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER ATTENDS 14th ACDFIM

MANILA, PHILIPPINES, Thursday 18 May 2017 -  The Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah attended the 14th ASEAN Chiefs of Defence Forces Informal Meeting (ACDFIM) from 17-19 May 2017 in Manila, Philippines. This year the meeting was themed, "ASEAN Chiefs of Defence: Partnering for Change and Collaborative Engagement".

During the meeting, the ASEAN Chiefs of Defence Forces agreed to enhance their cooperation through confidence-building initiatives and practical cooperation activities such as organising meetings, exchanges and exercises as agreed upon in the ASEAN Militaries Two Year Activity Work Plan (2017-2019).

Prior to the ACDFIM, the 7th ASEAN Military Operations Informal Meeting (AMOIM) and 14th ASEAN Military Intelligence Informal Meeting (AMIIM) were also held on 16 May 2017. Representing the RBAF for AMOIM and AMIIM were the Joint Force Commander, RBAF and the Director of Intelligence respectively.

At AMOIM, the ASEAN Heads of Military Operations continued to pursue the voluntary Two-Year Activity Work Plan (2017-19) as a guideline for multilateral activities of ASEAN militaries. Meanwhile AMIIM continued its progress in furthering the potentials of an ASEAN-centric network, promoting intelligence exchanges and interactions between the ASEAN military intelligence communities.

During the ACDFIM, operations and intelligence meetings, security issues of mutual concerns were also discussed including maritime security, humanitarian assistance, disaster response and counter-terrorism.




PEMERINTAH ABDB HADIRI ACDFIM YANG KE -14

REPUBLIK FILIPINA, Khamis 18 Mei 2017  - Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah telah menghadiri 14th ASEAN Chiefs of Defence Meeting (14th ACDFIM) dari 17 hingga 19 Mei 2017 di Manila, Republik Filipina. Tahun ini mesyuarat tersebut membawa tema, "ASEAN Chiefs of Defence: Partnering for Change and Collaborative Engagement".

Semasa mesyuarat, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera Negara-Negara ASEAN bersetuju untuk meningkatkan kerjasama melalui inisiatif membina keyakinan serta kegiatan praktikal seperti dalam perlaksanaan mesyuarat, pertukaran dan eksesais, yang dipersetujui dalam ASEAN Militaries Two Year Activity Work Plan (2017-2019).

Sebelum mesyuarat ACDFIM berlangsung, mesyuarat 7th ASEAN Military Operations Informal Meeting (7th AMOIM) dan mesyuarat 14th ASEAN Military Intelligence Informal Meeting (14th AMIIM) juga berlangsung pada 16 Mei 2017. Mewakili Negara Brunei Darussalam di mesyuarat-mesyuarat berkenaan ialah Pemerintah Angkatan Bersama ABDB dan Pengarah Perisikan Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam.

Dibawah naungan AMOIM, Ketua Operasi Ketenteraan ASEAN terus melaksanakan Two-Year Activity Work Plan (2017-2019) yang dipersetujui sebagai garis panduan untuk perlaksanaan aktiviti-aktiviti berbilang-hala tentera.  Manakala, mesyuarat AMIIM meneruskan kemajuan dalam mempertingkatkan potensi rangkaian ASEAN-centric yang mempromosi pertukaran dan interaksi perisikan dikalangan Komuniti Perisikan Tentera-Tentera ASEAN.

Semasa mesyuarat-mesyuarat tersebut, isu-isu sekuriti kepentingan bersama juga telah dibincangkan termasuk dalam sekuriti maritim, bantuan kemanusiaan, tindak balas bencana dan pencegahan pengganasan.

Attachments