Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
126 MINDEF OFFICERS AND STAFFS RECEIVE LONG SERVICE MEDAL (PKL) HONORARY AWARDS

BOLKIAH GARRISON, Wednesday 19 April 2017 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to bestow Long Service Medals or Pingat Kerja Lama (PKL) honorary awards to a total of 126 civilian officers and staffs of Ministry of Defence in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 70th Birthday for the Year 2016.

The ceremony took place at the Wira Seni Hall, Royal Brunei Armed Forces Band Building, Bolkiah Garrison, where the medals were presented by the Guest of Honour, First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Deputy Minister of Defence.

The conferment of the medals is a recognition for the contributions, work performance and services rendered by every civil service officers and staffs in the Government of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

Also present were Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, RBAF Commander, Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries and senior officers of the Ministry of Defence.

126 PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA PINGAT KERJA LAMA (PKL)

BOLKIAH GARISON, Rabu 19 April 2017 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Pingat Kerja Lama (P.K.L) kepada seramai 126 orang bagi pegawai dan kakitangan awam di Kementerian Pertahanan sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-70 bagi tahun 2016.

Majlis telah berlangsung di Dewan Wira Seni, Bangunan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Bolkiah Garison, di mana pingat telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan.

Pengurniaan pingat tersebut merupakan satu pengiktirafan atas segala sumbangan prestasi kerja dan curahan jasa bakti setiap pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam di Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir dalam majlis penyampaian pingat P.K.L ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB, Kepten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan.

Attachments