Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
AWARENESS BRIEFING ON INFORMATION TECHNOLOGY SECURITY AND THREATS OF MOBILE PHONES

TANAH JAMBU, Monday 17 March 2017 – The Defence Security Branch held a briefing session aimed at raising awareness on the security in using mobile phones and information technology for members of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF). 

The Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah was present at the briefing as the guest of honour.

Also in attendance was the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Heads of Units and Senior Officers from the Ministry of Defence and RBAF.

Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud delivered an opening remark in which he emphasised the importance of connectivity through mobile applications for work purposes and reminded also on the threats if that channel of communication is used irresponsibly.

Apart from the briefing, an exhibition on security threats of mobile phones and information technology was also showcased. The awarenbriefing will be held for two days for senior officials, military officers and civilians from the Ministry of Defence and RBAF.



TAKLIMAT KESEDARAN SEKURITI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN ANCAMAN DALAM PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

TANAH JAMBU, Isnin 17 Mac 2017 – Cawangan Sekuriti Pertahanan telah mengadakan satu taklimat untuk meningkatkan kesedaran sekuriti dalam penggunaan telefon bimbit dan teknologi maklumat bagi warga di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah hadir selaku tetamu kehormat di taklimat tersebut.

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua Unit dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Brigadier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud dalam ucapan alu-aluan beliau menekankan betapa pentingnya teknologi maklumat serta applikasi mudah alih sebagai pemudahcara dalam pekerjaan seharian tetapi seterusnya mengingatkan semua yang hadir bahawa rangkaian perhubungan melaluinya juga mendedahkan pengguna kepada ancaman jika digunakan dengan cuai.

Selain daripada taklimat kesedaran tersebut, satu pameran mengenai ancaman sekuriti telefon bimbit dan teknologi maklumat juga diperlihatkan. Taklimat ini akan dikendalikan selama dua hari bagi pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai tentera dan awam daripada Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Attachments