Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
VISIT BY VIETNAM PEOPLE’S NAVY SAILING SHIP, 286 LE QUY DON

MUARA, Friday 14 April 2017 – The Vietnam People's Navy (VPN) Sailing Ship, 286 LE QUY DON is in Negara Brunei Darussalam for a three-day visit from 14 to 16 April 2017 carrying 120 personnel which consists of 7 officers, 50 naval cadets and 63 crew. Five officers of RBN joined the ship on entering the naval base as part interaction initiative between the two navies.

This is her maiden voyage around the region, and prior her arrival in Muara, she visited the Republic of Philippines before heading back to the Republic Socialist of Vietnam on Sunday afternoon, 16 April 2017. The sailing vessel is commanded by Senior Lieutenant La Van Tam and the Head of Delegation onboard is Senior Captain Phan Van Van, Deputy Director of the Naval Academy.

The ship held a reception at Muara Naval Base hosted by His Excellency Do Anh Tuan, the Ambassador of Republic Socialist of Vietnam, during which Yang Mulia First Admiral (Retired) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Deputy Minister of Defence was present as the Guest of Honour. 

Also present were Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih Bin Abdullah, RBAF Commander; Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Permanent Secretary Ministry of Defence; First Admiral Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, RBN Commander; Captain (Rtd) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Deputy Permanent Secretary (Technology) as well as senior officers and officers of the RBAF and RBN.





MAJLIS RESEPSI KAPAL LAYAR TENTERA LAUT REPUBLIK SOCIALIS VIETNAM 286 LE QUY DON

MUARA, Jumaat 14 April 2017 – Kapal Layar Tentera Laut Republik Socialis Vietnam (TLRSV) 286 LE QUY DON telah berada di Negara Brunei Darussalam untuk membuat lawatan muhibah selama tiga hari yang bermula dari 14 ke 16 April 2017 dengan membawa 120 anggota yang terdiri daripada 7 pegawai, 50 kadet tentera laut dan 63 anak kapal. Lima pegawai TLDB menyertai kapal layar tersebut sebelum memasuki pangkalan TLDB sebagai sebahagian inisiatif interaksi antara kedua tentera laut.

Ini adalah pelayaran pertama kapal layar tersebut dirantau ini, dan sebelum ketibaan mereka di Muara, kapal tersebut membuat lawatan ke Republik Filipina sebelum kapal tersebut dijadualkan balik ke Republik Sosialis Vietnam pada hari Ahad petang, 16 April 2017. Pemerintah kapal layar ialah Senior Lieutenant Van Tam dan Ketua Delegasi ialah Senior Captain Phan Van Van, Timbalan Pengarah Akademi Tentera Laut Republik Sosialis Vietnam.

Majlis resepsi telah diadakan di Pangkalan TLDB yang dihoskan oleh His Excellency Do Anh Tuan, Duta Besar Republik Sosialis Vietnam dan dihadiri oleh Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz Bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan sebagai Tetamu Kehormat.

Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih Bin Abdullah, Pemerintah ABDB; Kepten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Laksamana Pertama Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Pemerintah TLDB; Kepten (B) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) serta pegawai kanan dan pegawai ABDB dan TLDB.

Attachments