Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
2017/2018 ANNUAL DEFENCE BUDGET DISCUSSED AT THE MINISTRY OF DEFENCE

BOLKIAH GARISSON, Friday 14 March 2017 – A briefing session on the Ministry of Defence budget for fiscal year 2017/2018 was held today at the Tower Block, Bolkiah Garrison.

Among the key objectives of the briefing were to ensure compliance to the financial regulation; emphasise accountability and ownership among all stakeholders; improve control within the process; promote visibility on the payment process; ease tracking; and underscore better monitoring. The briefing was done by the Acting Director of Finance and Procurement, Madam Poh Kui Choon.

Attending the briefing were the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah and the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN.

Also present were the Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, Directors, Heads of Units and Senior Officers from the Ministry of Defence and RBAF.

Delivering the remark at the start of the briefing was the Deputy Permanent Secretary (Finance and Administration), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani.  She reiterated the need for the Ministry of Defence and RBAF to review and refine strategies, policies, mechanisms, as well as processes on the ground to commensurate with the emerging prioritisation. Also emphasised were the need to practice prudent spending and to be accustomed to a mindset of budget re-focusing on defence core business.

The Ministry of Defence is allocated a budget of BND$451.790,210.00 for the fiscal year 2017/2018, announced during the 13th Legislative Council Session held in early March this year.


SESI TAKLIMAT BAJET KEMENTERIAN PERTAHANAN TAHUN 2017/2018 DI KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Jumaat 14 Mac 2017 - Satu sesi taklimat mengenai Bajet Kementerian Pertahanan bagi Tahun Kewangan 2017/2018 telah diadakan hari ini di Blok Menara, Bolkiah Garison.

Antara objektif utama taklimat ini adalah untuk memastikan mematuhi peraturan kewangan; menekankan akauntabiliti dan pemilikan di kalangan semua pihak yang berkepentingan; meningkatkan kawalan di dalam proses; memerhatikan proses pembayaran; memudahkan pengesanan; dan menekankan pemantauan yang lebih baik. Taklimat telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan, Madam Poh Kui Choon.

Hadir di sesi taklimat tersebut ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.

Turut hadir ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah, Ketua-ketua Unit dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pentadbiran), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani. Dalam ucapannya beliau mengulangi keperluan Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk mengkaji semula dan menapis strategi, dasar, mekanisme dan proses-proses yang ada agar setimpal dengan keutamaan. Juga ditekankan ialah keperluan untuk melatih berbelanja dengan cermat dan untuk dibiasakan menjadi 'mindset' yang menumpukan kepada perniagaan teras pertahanan.

Kementerian Pertahanan diperuntukkan belanjawan sebanyak BND $ 451.790,210.00 untuk Tahun Kewangan 2017/2018, diumumkan semasa sesi Majlis Mesyuarat Negara kali ke-13 pada bulan Mac tahun ini.


Attachments