Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVES COURTESY CALL FROM COMMANDANT OF MALAYSIAN ARMED FORCES DEFENCE COLLEGE

BOLKIAH GARRISON, Tuesday 11 April 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from First Admiral Dato’ Sabri bin Zali, Commandant of Malaysian Armed Forces Defence College today.

During the call, Commander RBAF welcomed First Admiral Dato’ Sabri bin Zali to Brunei Darussalam. Both sides commended the longstanding and excellent relationship between the Royal Brunei Brunei Armed Forces and the Malaysian Armed Forces that has continued to thrive through formal visits, exchanges, and cross-attendance in exercises and courses. RBAF Commander expressed hope for continuous support and the sharing of knowledge and best practices particularly between the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces and the Malaysian Armed Forces Defence College.

First Admiral Dato’ Sabri bin Zali, who is heading a delegation of 56 officers comprising of officers from the Maritime Enforcement Agency and Public Service Department, staff officers, lecturers and students, is in Brunei Darussalam for a day on a field study visit.



PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KOMANDAN MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BOLKIAH GARISON, Selasa 11 April 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Laksamana Pertama Dato’ Sabri bin Zali, Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia hari ini.

Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Laksamana Pertama Dato’ Sabri bin Zali, Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia. Kedua belah pihak mengakui hubungan akrab yang sudah lama terjalin di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Tentera Malaysia melalui lawatan rasmi, mesyuarat, eksesais dan kursus. Pemerintah ABDB menyampaikan hasrat agar kedua belah pihak dapat memberikan sokongan yang berterusan dan mengongsikan pengetahuan dan pengalaman khususnya di antara Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia.

Laksamana Pertama Dato’ Sabri bin Zali, yang mengetuai delegasi seramai 56 pegawai terdiri daripada pegawai-peagwai dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam, pegawai-pegawai staf, pensyarah-pensyarah dan peserta-peserta Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia, berada di Negara Brunei Darussalam untuk satu hari bagi lawatan kajian medan.

Attachments