Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
DEPUTY MINISTER OF DEFENCE RECEIVES COURTESY CALL FROM INDONESIAN AIR FORCE CHIEF OF STAFF

BOLKIAH GARRISON, Friday 17 March 2017 – First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence today received a courtesy call from Air Chief Marshal TNI Hadi Tjahjanto, Chief of Staff of the Indonesian Air Force who is currently on an introductory visit to Brunei Darussalam.

During the call, the Deputy Minister of Defence expressed his pleasure on the close and friendly relations between the Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Indonesian Air Force that has positively contributed to the overall warm state of bilateral defence relations. He further encouraged both Air Forces to further build upon their existing good ties in the field of exercises, exchanges of visits, professional exchanges as well as courses towards the enhancement of mutual understanding and professionalism between the personnel from both sides.

The latest interaction prior to this visit between the RBAirF and the Indonesian Air Force was the conduct of the Latihan Bersama (Latma) Brunesia Exercise that was held in Brunei Darussalam from 25 to 28 October last year.

Air Chief Marshal TNI Hadi Tjahjanto assumed his post as the Chief of Staff, Indonesian Air Force on 18 January 2017.



TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT
DARIPADA KEPALA STAF ANGKATAN UDARA TNI-AU

BOLKIAH GARISON, Jumaat 17 Mac 2017 - Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan pada hari ini telah menerima kunjungan hormat dari Marsekal TNI Hadi Tjahjanto, Kepala Staf Angkatan Udara, Tentara Nasional Indonesia (KASAU TNI-AU) yang sedang menjalankan kunjungan pengenalan ke Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan telah melahirkan rasa gembira mengenai hubungan ketenteraan yang rapat dan mesra diantara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan TNI-AU, yang seterusnya juga memberikan impak positif kepada hubungan pertahanan dua hala secara keseluruhannya. Timbalan Menteri Pertahanan kemudiannya menggalakkan kedua-dua tentera udara untuk meneruskan usaha dalam membina hubungan baik yang sedia ada terutamanya dalam bidang latihan, pertukaran lawatan, pertukaran professional serta kursus ke arah mempertingkatkan tahap kesefahaman bersama dan mengeratkan talian profesionalisme di antara anggota-anggota kedua belah pihak.

Sebelum lawatan ini, interaksi terkini di antara RBAirF dan TNI-AU ialah pengendalian ‘Latihan Bersama (Latma) Brunesia' yang telah diadakan di Negara Brunei Darussalam pada 25 hingga 28 Oktober 2016.

Marsekal TNI Hadi Tjahjanto telah mengambil alih tugas sebagai KASAU TNI-AU bermula pada 18 Januari 2017.

Attachments