Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
RBAF COMMANDER RECEIVES COURTESY CALL FROM THE COMMANDER OF 11th INFANTRY BRIGADE, BRITISH ARMED FORCES

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 16 March 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today received a courtesy call from Brigadier Philip William Carmichael Kimber, Commander of 11th Infantry Brigade, British Armed Forces.

During the call, both sides generally commended the continued cooperation between both armed forces through various interactions and activities. The RBAF Commander also took the opportunity to acknowledge the success of the recent inaugural Jungle Warfare Symposium 2017, which was co-hosted by the Ministry of Defence, Brunei Darussalam and the Ministry of Defence, United Kingdom last week. 

Earlier this week, His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam also consented to grace the farewell ceremony for the First Battalion, Royal Gurkha Rifles (1RGR) as they complete their 4-year rotation at the Brunei Garrison in Seria.

Brunei Darussalam and the United Kingdom have traditionally enjoyed close and friendly relations.



PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT COMMANDER 11th INFANTRY BRIGADE, BRITSIH ARMED FORCES

BOLKIAH GARISON, Khamis, 16 Mac 2017 – Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menerima kunjungan hormat daripada Brigadier Philip William Carmichael Kimber selaku Commander 11th Infantry Brigade, Britsih Armed Forces.

Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua belah pihak telah merakamkan rasa puas hati dengan aktiviti dan interaksi yang berterusan diantara kedua-dua Angkatan Tentera. Yang Dimuliakan Pemerintah ABDB juga menggariskan kejayaan pengendalian Jungle Warfare Symposium 2017 yang dihoskan bersama oleh Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan, United Kingdom pada minggu lepas.

Pada awal minggu ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga telah berkenan untuk melawat Batalion Pertama, Royal Gurkha Rifles (1RGR) yang akan menamatkan giliran bertugas 4 tahun bertempat di Brunei Garison, Seria.

Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom mempunyai hubungan yang sangat akrab dan meluas dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan.

Attachments