Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
HIS MAJESTY GRACES RBAF 49th GRAND PARADE

PENANJONG GARRISON, Sunday 31 May 2010 - His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), consented to attend the 49th RBAF anniversary celebration at Penanjong Garrison.

On arrival His Majesty’s was greeted by the Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat and the Commander of RBAF, Major General Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Accompanying His Majesty was His Royal Highness General Prince Haji Al-Muhtadee Billah, Senior Minister at the Prime Minister’s Office, General RBAF and His Royal Highness Prince  'Abdul Malik. 

Shortly after the arrival at the parade square, His Majesty was accorded the Royal Salute before His Majesty consented to inspect the guard of honour lined up on the field. The guard of honour which comprised of 1,449 personnel from various RBAF units that includes Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (TUDB), Training Institute RBAF (TI RBAF), Women Military Personnel and the Special Force Regiment (SFR) were commanded by the Parade Commander Lieutenant Colonel Mohd Ismaon bin Hj Zainie.

His Majesty then consented to deliver a Titah inconjunction with the 49th RBAF anniversary celebration. Following the royal address, a Doa Selamat was read by the Head of RBAF Religious Department (JA’MAAT) Lieutenant Colonel (U) Haji Abdur’ Rahim bin Haji Abd Karim.

After the parade event, His Majesty proceed to static displays. The static displays were presented by the Royal Brunei Air Force (TUDB), Royal Brunei Navy (RBN) and Special Force Regiment. A display of archery shooting and horse riding was also displayed at the football A and B.

From the static displays, His Majesty proceeded to meet with personnel at the Warrant Officer/Staff Sergeant/Sergeant Mess. Here, His Majesty and His Royal Highness both received ‘pesambah’ and took a group photograph. His Majesty then received a ‘junjung ziarah’ from the RBAF Non-Commissioning Officers and signed the Royal Parchment prior to leaving the mess.

From the Warrant Officer/Staff Sergeant/Sergeant Mess, His Majesty and Their Royal Highnesses were taken to the Company Recruit Building of the TI RBAF and the Military Performance Optimisation Centre (POC) for another array of static displays. This was later followed with the final static display by the Royal Brunei Land Force (RBLF) at the Infantry School.

After viewing the static displays, His Majesty and Their Royal Highness proceeded to the Lower Ranks Club/ TI RBAF Library for the ‘junjung ziarah’ with other ranks personnel. His Majesty and His Royal Highness were presented with another ‘pesambah’ and a group photograph session. His Majesty then received a ‘junjung ziarah’ from the RBAF Other Rank Personnel and later signed the Royal Parchment.

His Majesty and Their Royal Highnesses also had the opportunity to witness a number of activities at the Blue Tower such as Rock Climbing, Flying Fox, Abseiling and Roping by the RBLF personnel and the POC Physical Trainers before going to the Penanjong Officers’ Mess.

While at the Penanjong Garrison Officers’ Mess, His Majesty and Their Royal Highness were presented a ‘santap’ with the Ministry of Defence, RBAF officials and retired Commanders of RBAF.  His Majesty also consented to cut the 49th RBAF Anniversary cake after which both His Majesty and His Royal Highness consented to receive Pesambah.

After the ‘Doa Selamat’ was read by the Head of JA’MAAT prior to the ‘santap’, His Majesty was introduced to senior officers who are currently undertaking the 7th series of Ministry of Defence Executive Development Programme (EDP). This year’s EDP is attended by senior military officers from RBAF, senior civilian officers from Prime Minister’s Office, Ministry of Foreign Affairs and Trade and Ministry of Health, as well as a first time participant of a senior officer from The Sultanate of Oman.

After the ‘santap’ His Majesty and His Royal Highness consented to receive a ‘junjung ziarah’ with the in-service and retired RBAF officers. Before leaving the event, His Majesty and His Royal Highness signed the Royal Parchments and a took a group photograph with senior officers of the Ministry of Defence and RBAF.









 

KDYMM BERANGKAT KE SAMBUTAN HUT ABDB KE 49

PENANJONG GARISON, Isnin, 31 Mei 2010 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan berangkat ke Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-49 di Penanjong Garison. 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral ABDB dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul Malik.

Sejurus berangkat tiba di padang kawad, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima tabik hormat diraja dan memeriksa pasukan-pasukan perbarisan seramai 1,449 anggota ABDB yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Tentera Wanita, Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan Rejimen Pasukan Khas (RPK) ABDB di bawah perintah Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Mohd Ismaon bin Haji Zainie.

Baginda seterusnya berkenan mengurniakan titah dan kemudian bacaan doa selamat dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JA'MAAT), Leftenan Kolonel (U) Haji Abdur' Rahim bin Haji Abd. Karim

Dari padang kawad, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung berangkat untuk menyaksikan pameran-pameran statik yang disembahkan oleh Tentera Udara Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei dan Rejimen Pasukan Khas. Pertunjukkan memanah dan menunggang kuda juga dipersembahkan di Padang bola A dan B. 

Dari pameran statik, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung berangkat ke Mes Pegawai Waran/Staf Sarjan/Sarjan. Disini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia telah berkenan menerima pesambah serta bergambar ramai.

Dari Mes Pegawai Waran/Staf Sarjan/Sarjan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia serta ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain dijunjung melawat ke pameran statik bertempat di Bangunan Kompeni Rekrut, Insitut Latihan ABDB dan Pusat Optima Kecergasan Tentera. Ini diikuti dengan keberangkatan ke pameran statik Tentera Darat Diraja Brunei di Sekolah Infantri.

Selepas menyaksikan pameran statik, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung berangkat ke Bangunan Kelab Peringkat Rendah/Perpustakaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia telah disembahkan dengan pesambah dan seterusnya berkenan untuk bergambar ramai.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia P serta ahli-ahli Kerabat Diraja dijunjung pula ke ‘Blue Tower’ untuk menyaksikan aktiviti ‘Rock Climbing’, ‘Flying Fox’, ‘Abseiling’ dan ‘Roping’ oleh anggota TDDB dan Jurulatih-Jurulatih Latihan Jasmani Pusat Optima Kecergasan Tentera sebelum bertolak ke Mes Pegawai Penanjong Garison.

Semasa di Mes Pegawai Penanjong Garison, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia serta ahli-ahli Kerabat Diraja telah disembahkan dengan majlis santap bersama-sama pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan, ABDB dan juga mantan-mantan pemerintah ABDB. Baginda juga berkenan memotong kek Sambutan Ulang Tahun ABDB Ke-49.  Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah.

Selepas doa selamat dibacakan oleh Ketua JAMA’AT bagi memulakan majlis santap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahkan kepada Pegawai-Pegawai Program Perkembangan Eksekutif (EDP) Kementerian Pertahanan Ke-7. Program EDP tahun ini kali ini disertai oleh pegawai-pegawai kanan tentera  dari ABDB, pegawai-pegawai kanan awam dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta Kementerian Kesihatan dan buat kali pertama pegawai kanan dari Kesultanan Oman.

Selepas majlis santap,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjugn ziarah daripada pegawai-pegawai ABDB yang berkhidmat dan bersara. Sebelum berangkat meninggalkan majlis,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia berkenan  menandatangani Buku Pelawat Khas Diraja dan seterusnya bergambar ramai dengan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB


Attachments