Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
Majlis Pengislaman Muhd Nazzerul Hafizzuddin bin Gundai

By  Lt Mohd Hishamuddin Marzoki, Jama’at

TUTONG, Jumaat  31 Mei 2013 – Seorang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dari Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei telah melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan pengislaman iaitu 50120 Sld Nazzerul bin Gundai di rumah kediaman ibu bapanya di Perpindahan Bukit Beruang, Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis  ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah ABDB.

Turut hadir menyerikan majlis ialah Timbalan Pemerintah ABDB, Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB,  Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua Kampung Penghulu Mukim Telisai, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Pusat Dakwah Islamiah Daerah Tutong dan para jemputan serta kaum keluarga.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Kpl Harun Al-Rashid bin Haji Mohd Hussin daripada Jabatan Agama ABDB, Kementerian Pertahanan. Majlis diteruskan dengan pengakuan lafaz dan ikrar pengislaman Sld Nazzerul bin Gundai di hadapan Pegawai Pengislaman Pusat Dakwah Islamiah, Daerah Tutong. Laungan Dikir Marhaban serta taburan bunga rampai oleh tetamu kehormat majlis serta para jemputan memeriahkan lagi acara pada malam itu. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Pemerintah ABDB kepada anggota yang diraikan. Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Kapten Ariffin Bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB.

Sld Nazzerul bin Gundai telah memilih Muhammad Nazzerul Hafizzuddin bin Gundai sebagai nama Islam beliau. Beliau bertugas di Kompeni B Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei. Mengikut rangka statistik, ini adalah merupakan majlis pengislaman yang ke lapan bagi anggota ABDB dari bulan Januari 2013. Semoga dengan adanya majlis ini akan dapat menyebarkan lagi syiar Islam dan menyerlahkan lagi cahaya keimanan khususnya di kalangan warga ABDB.



Attachments